Thursday, 19 March 2020

An-Nisa_4-4-005


Juz:4,Surah:4.
Surah 4, Ayat 5:


Ringkasan tafsir;

Ayat ini diajukan kepada dua golongan iaitu anak yatim dan isteri yang menerima mahar.

Serahkan kepada isteri itu akan harta maharnya dengan sebaiknya, kecuali mereka yang safih (orang yang membazirkan dan mengkhianati hartanya sendiri)  dengan harta itu, maka hendaklah ditahan atau dibekukan sehinggalah isteri itu aman dan menerima mahar dengan sebaiknya, barulah diserahkan harta itu. (lihat ayat sebelum ini,  4.4.4).

Serahkan kepada anak yatim itu akan hartanya manakala sudah baligh, kecuali  jika mereka itu safih tidak membelanjakan hartanya sendiri kepada kebaikan, maka hendaklah harta itu ditahan supaya tidak sia-sia, dan jagalah harta itu sehingga mereka besar dewasa yakni telah bijaksana dan dapat mengendalikan harta tersebut dengan baik maka barulah harta tersebut diserahkan kepada mereka.  Oleh yang demikian sementara mereka itu besar diberikan keperluan hidup seharian seperti tempat tinggal, pelajaran, pakaian, makan dan minum dengan secukup daripada hasil keuntungan harta anak yatim yang diperdagangkan dengan sempurna. Ada pun perbelanjaan keperluan itu sebaiknya diambil dari hasil keuntungan perniagaan yang didagangkan harta itu.  Oleh itu penjaga harta anak yatim yang cekap dan mahir dalam ilmu perniagaan agar dapat gunakan harta dalam perniagaan untuk dikembangkan dan diperbanyak harta anak yatim demi kebaikan dan masa depan anak-anak yatim supaya lebih terjamin.
(lihat ayat sebelum ini,  4.4.2 dan 4.4.3).




. 
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)

An-Nisa_4-4-004


Juz:4,Surah:4.
Surah 4, Ayat 4:


Ringkasan tafsir;

Seorang suami itu hendaklah memberi mas khawin (mahar) kepada perempuan yang dinikahi yang merupakan pemberian mengeratkan tali kasih sayang diantara kedua belah pihak. Disamping mahar itu diiringi pula beraneka macam hadiah pemberian lain, gunanya untuk mengukuh tali perjodohan, ini dilakukan yang demikian kerana telah memilih isteri untuk menjadi teman hidupnya buat selamanya.

Dan sekiranya si isteri berkenan untuk memberikan sebahagian  daripada pemberian suaminya itu untuk guna sama dalam hidupnya, maka tiadalah menjadi halangan bagi suami untuk menikmati dan memakan dengan baik dan bagus bersama suami isteri.


  . 
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)

An-Nisa_4-4-103


Juz:4,Surah:4.
Surah 4, Ayat 3:


Ringkasan tafsir;

Ada dikalangan anak yatim itu perempuan yang mempunyai harta yang banyak dan halal dinikahi. Tetapi sekiranya kamu berasa takut untuk memakan harta anak yatim dan jadikan nya sebagai isteri kamu, maka janganlah kamu mengahawininya, malah kahwinilah perempuan-perempuan selain dari anak yatim, sama ada dua tiga atau empat orang yang kamu berkenan atau pakailah hamba sahaya yang telah dikhawininya. Perbuatan  yang demikian itu dibenarkan.  Dan sekiranya kamu takut tidak berlaku adil, memadailah seorang sahaja.

  . 
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)