Monday, 11 May 2020

An-Nisa_5-4-142

Juz:5,
Surah 4, Ayat 142:


Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat terdahulu, 5.4.141.

Sesungguhnya orang munafik menipu utusan Allah semasa bergaul dengan mukmin, dan tunjukan dirinya kepada Rasul kononnya mereka orang yang beriman, sedang pada batin nya mereka tetap kufur, oleh itu jika orang munafik menipu utusan Allah samalah juga dengan menipu Allah.  (lihat juga ayat 10, surah Al-Fatah).

Tipuan Allah kepada munafik pada hari kiamat pula ialah bahawa Allah pancarkan  cahaya yang terang untuk menerangi orang munafik berjalan melalui titian as-shirat untuk pergi keneraka jahanam. Allah padamkan cahaya tersebut sehingga mereka berada dalam kegelapan. (lihat ayat 16 surah Al-Baqarah).

Bagitulah sifat orang munafik yang sangat berat lambat dan malas mendirikan sembahayang seolah-olah tidak ingin mendapat pahala dan tidak takut kepada seksaan Allah. Ini adalah  disebabkan tidak lain dan tidak bukan ialah kerana mereka tiada beriman sebenar-benar iman. Mereka yang munafik ini tidak mengingati Allah melainkan sedikit sahaja didalam hati-hati mereka.

Juz:5,
Surah 4, Ayat 143:

Ringkasan tafsir;

Lanjutan ayat diatas, 5.4.141 dan 142.

Orang munafik tidak ada pendirian dan sentiasa ragu-ragu, kadang-kadang kafir menyekutukan Allah dan kadang-kadang sembahayang mengingati Allah, kerana hati-hati mereka tidak ikhlas dan tidak beriman sebenar-benar iman, dan orang munafik ini adalah semata-mata kerana untuk mendapat keuntungan kekayaan pada diri sendiri.

Jika Allah takdirkan seseorang itu disebabkan oleh kekufuran mereka, maka payahlah munafik itu diberi pentunjuk kejalan yang benar, walau pun sudah dikemukakan kepada mereka bermacam-macam hujah yang tepat dan bukti yang nyata.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)