Saturday, 2 May 2020

An-Nisa_5-4-126


Juz:5,
Surah 4, Ayat 126:

Ringkasan tafsir;

Segalanya yang berada dilangit dan bumi dan isi-isi antara langit dan bumi adalah milik Allah kerana semuanya itu  Allah yang menjadikan alam ini, dan semua makhluk tertakluk dibawah kekuasaan Nya dan tunduk kepada Nya.
Allah mengetahui segala sesuatu, jadi setiap amal yang baik yang dikerjakan oleh Mukmin hendaklah dilakasanakan dengan setulus-tulusnya dan seikhlas-ikhlasnya kerana Allah, dan Allah sedia mengetahuinya.



Juz:5,
Surah 4, Ayat 127:

Ringkasan tafsir;

Pada zaman sebelum Nabi diutuskan sebagai Rasul, ramai orang yang musykil tentang hukum yang bersangkutan dengan harta kaum perempuan dan hal berkaitan keadilan mesti ditunaikan kepada isteri dan bagaimana cara menyelesaikan penceraian dan nafkah.

Allah  lah yang memberi fatwa tentang hukum yang dimuskilkan dalam permasalahan tersebut menerusi wahyu Nya kepda Rasul Nya, yakni fatwa tersebut difirmankan seperti dalam Quran dan menjadi hukum untuk membatalkan ada amalan jahiliah yang diamalkan oleh Arab pada ketika itu.

Allah menegah perbuatan orang jahiliah dahulu yang tidak mahu  memberi harta pusaka kepada kanak-kanak yang telah ditinggalkan oleh orang tuanya. Maka harta pusaka tersebut hendaklah diberikan kepada mereka.

Hendaklah kamu bersikap adil terhadap anak yatim dengan memberi haknya, samada merupakan dari harta pusaka mahu pun merupakan mas khawin kepada perempuan.

Kebajikan yang telah dilakukan terhadap anak yatim dan perempuan itu semuanya diketahui oleh Allah dan pasti ada balasan nya dan tidak sekali-kali akan disia-siakan dengan bagitu sahaja.

(lihat juga ayat  2, 11 surah An-Nisa)





[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)