Saturday, 9 May 2020

An-Nisa_5-4-130


Juz:5,
Surah 4, Ayat 130:

Ringkasan tafsir;

Sekiranya suami isteri itu bercerai, tidak dapat meneruskan hidup bersama kerana masing-masing tidak mahu bertolak ansur dan hanya jalan perceraian itu sahaja yang dapat mengakhiri preselisihan mereka, maka sesudah mereka bercerai maka sesungguhnya Allah akan memberi kecukupan kepada kedua-dua belah pihak dalam kehidupan masing-masing.

Kerana Allah itu luas kurnia Nya, rahmat Nya, kekuasaan Nya, pengetahuan Nya dan rezeki Nya.

Juz:5,

Surah 4, Ayat 131:
Ringkasan tafsir;

Setelah Allah menerangkan bahawa kurnia Nya, rahmat Nya, kekuasaan Nya, pengetahuan Nya dan rezeki Nya, maka dianjurkan supaya manusia berkerjasama berusaha mendapatkan seberapa banyak rezeki yang disediakan oleh Allah, sebab kekayaan Allah meliputi memenuhi langit dan bumi, yang tidak akan habis perbendaharaan Nya, kerana Allah yang menjadikan Langit dan bumi.
Allah berpesan kepada manusia yang dituruni kitab Taurat, Injil dan Quran, masing-masing hendaklah bertakwa kepada Allah, dan mentaati Nya.
Bertakwa kepada Allah itu merupakan suatu kewajipan yang disyariatkan oleh Allah semenjak dahulu lagi dan telah menjadi peraturan Allah dan undang-undang yang mesti dipatuhi oleh manusia.
Sekiranya manusia itu masih juga kufur terhadap nikmat Nya dan enggan mematuhi perintah Nya, maka kekufuran manusia itu tidak sekali-kali akan merugikan Allah, kerana Allah cukup dengan segala kekayaan dilangit dan dibumi. Oleh itu Allah tidak  berhajat sebarang kesyukuran dan pujian dari hamba Nya. Bahkan setiap makhluk Nya itulah yang sentiasa memuji dan memuja Nya.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)