Monday, 4 May 2020

An-Nisa_5-4-128


Juz:5,
Surah 4, Ayat 128:

Ringkasan tafsir;

Jika isteri khuatir atau menyangka melihat ada tanda-tanda suaminya itu berlaku nuzyuz bagi tujuan untuk mencerainya atau berkhawin lain, maka berdamai itu lebih baik  daripada bercerai. Dan adalah lebih baik isteri membenarkan suami beristeri baru agar keduanya akan kekal bahagia dan mendapat nafkah yang adil sama rata hendaknya. (lihat juga ayat 34 surah An’Nisa).

Berdamailah dalam perkara nafkah dan giliran itu adalah lebih baik, dan jika isteri reda dengan keputusan suaminya itu maka jadilah ia seorang isteri yang berbuat kebaikan.

Sekiranya suami itu melakukan nuzyuz yang menyebabkan tidak memberi nafkah pakaian tempat tinggal kepada isterinya, maka isteri berhak untuk membawa perundingan itu kemahkamah bagi menyelesaikan perkara itu agar dapat diselesaikan dengan aman dan damai. Sesungguhnya perceraian itu adalah seburuk-buruk kelakuan yang dibenci oleh Allah.

Sesungguhnya Allah mengetahui semua yang kamu lakukan dan akan memberi balsan yang sebaik-baiknya yang melakukan nya.


Juz:5,

Surah 4, Ayat 129:
 

Ringkasan tafsir;

Walau pun kamu sangat mengingini membahagikan rasa cinta, kasih sayang dan kecenderungan hati kamu kepada para isteri-isteri  yang kamu madukan dengan pembahagian yang sama rata lagi adil, namun kamu tetap tidak akan dapat melaksanakan nya. Bermakna amat mustahil seorang suami dapat berlaku adil terhadap isteri-isteri mereka, dan perkara tersebut diluar kesangupan manusia untuk meberikan secara adil dan saksama.

Sekiranya tidak ada daya mu berbuat demikian, maka janganlah mencurahkan rasa cinta kasih sayang berlebihan kepada yang seorang sahaja, sehingga yang lain tidak mendapat bahagian. 

Sekiranya kamu berlaku adil kepada isteri-isteri dan berjaga-jaga daripada melakukan nuzyuz, sesungguhnya Allah akan mengampunkan suami yang tidak dapat memberikan rasa cinta dan kasih sayang sama rata kepada semua isterinya. Dan Allah itu bersifat penyayang kepada hamba Nya yang tidak dapat melalkukan sebaik mungkin sesuatu diluar kemampuan kesanggupan manusia. 


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)