Sunday, 10 May 2020

An-Nisa_5-4-134



Juz:5,
Surah 4, Ayat 134:

Ringkasan tafsir;

Sesiapa yang  bekerja berusaha dalam penghidupan mengharapkan rahmat dan kenikmatan, maka Allah mengingatkan bahawa disisi Nya ada dua balasan kenikmatan didunia dan pahala diakhirat.

Dalam ayat ini mengandungi pengajaran bahawa manusia dianjurkan supaya mencari kebahagiaan didunia dan diakhirat.

Allah mendengar segala tutur kata dan rayuan semua hamba Nya.  Oleh itu hendaklah selalu barjaga-jaga dalam setiap perkataan dan perbuatan, janganlah sampai terbabas dari batasan dan mudahan tercapai kebahagian didunia dan diakhirat yang diidam-idamkan. 

Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 135:

Ringkasan tafsir;

Adapun maksud berdiri teguh diatas keadilan serta menjadi saksi kerana Allah, ialah menjalankan keadilan dengan sungguh-sungguh didalam semua penyaksian, dan jangan berlaku zalim dan aniaya kepada manusia. Hendaklah jujur dan benar dalam menjadi saksi semata-mata kerana Allah dengan penuh rasa keikhlasan dan kebenaran.

Kejujuran menjadi saksi itu adalah perlu sangat-sangat dituntut, walau pun akan merugikan pada diri sendiri mahu pun kepada keluarga.

Sekiranya seseorang itu menjadi saksi kepada orang kaya mahu pun yang meskin, janganlah berat sebelah kerana tamak dan mengharapkan balasan daripada mereka itu.

Kemahuan hawa nafsu dan bisikan suara hati itu janganlah dikutkan sangat, yang patut diikut ialah berjaga-jaga agar jangan sampai melencung dari kebenaran.

Allah mengancam orang yang menjadi saksi bohong dan berpaling jalan yang benar, disebabkan lidahnya yang bijak memutar belitkan perkataan dan pandai memutar kata-kata dengan mengubah perkataan dan menyembunyikan kebenaran dalam penyaksian itu. Mereka itu akan dapat pembalasan yang adil diakhirat dimana tempat kembalinya manusia untuk diadili.
Ancaman ini sebenarnya ditujukan kepada para hakim dan pengadil yang menguruskan hal ehwal keadilan mahkamah supaya tidak terjerumus dalam kekufuran.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)