Sunday, 17 May 2020

An-Nisa_5-4-141


Juz:5,
Surah 4, Ayat 141:

Ringkasan tafsir;

Orang kafir dan munafik didalam negeri Islam menyatakan bahawa berkata, “bukankah kami bersama–sama kamu dimedan perang ?”, dan berkata lagi, “bukankah kami dapat berkuasa mengalahkan mereka untuk membunuh menawan mereka kerana kami berada dalam berisan mukmin ?”, dan inilah budi perkerti kaum kafir dan munafik yang mahukan bahagian harta rampasan perang yang diperolihi oleh mukmin yang berjuang dimedan perang sedangkan kafir dan munafik duduk diam dalam negeri tersebut tanpa menolong mukmin pergi mempertahankan negeri mereka.
Allah menghukum orang munafik dan kafir dihari kiamat dengan mendedahkan siapakah sebenarnya orang mukmin yang sejati dan siapa pula mereka yang berpura-pura muslim. Kalau didunia orang munafik pandai berpura-pura, tentulah diakhirat pula sudah tentu tidak terlepas dari seksa yang pedih diakhirat.
Selagi orang mukmin berpegang teguh dengan agama Islam dan mengerjakan semua suruhan Nya dan meninggalkan semua larangan Nya serta berdiri teguh mempertahankan kemuliaan agama Nya, dan cukup pula dengan persiapan harta pencarian untuk mempertahankan negara, maka selama itulah mereka tidak akan dapat dikalahkan oleh orang kafir dan tidak dapat dikuasi oleh musuh-musuh Islam. 
Tetapi Allah mengingatkan kepada mukmin jika leka dan engkar perintah Allah, maka jangan menyesal bahawa Allah yang menjanjikan bahawa tidak akan memberi jalan kepada orang-orang mukmin yang bersekongkol dengan munafik dan kafir, kerana sesungguhnya Allah tidak akan megubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)