Monday, 18 May 2020

An-Nisa_5-4-144


Juz:5,
Surah 4, Ayat 144:



Ringkasan tafsir;
Lanjutan ayat lepas, 5.4.139.
Allah telah memberi amaran kepada Mukmin, bahawa janganlah mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin yang selain orang-orang mukmin sendiri, akibat nya kamu kelak akan menerima hukuman seperti yang dikenakan kepada orang-orang munafik  iaitu akan dimasuk bersama kedalam neraka jahanam. Dan hukuman itu pasti berlaku walau pun kamu hendak berdalih-dalih mencari alasan untuk mengatakan bahawa perlantikan itu diluluskan.
Larangan itu diberi kerana ada bebeapa orang Ansar di Madinah pada waktu itu mempunyai hubungan perjanjian sumpah setia, hubungan kasih mesra dengan orang Yahudi, dan orang Ansar tersebut bertanya kepada Rasul,  siapakah yang perlu mereka lantik untuk jadikan ketua mereka, maka jawab Rasul, lantiklah dari kalangan kamu dari muhajirin (mukmin).
Adakah kamu menghendaki bukti yang terang dari Allah tentang hukuman yang akan ditimpakan kepada kamu, kerana kesalahan kamu melantik orang kafir menjadi pemimpin selain dari mukmin sendiri dari kalangnan kamu ? Sesungguhnya jika ada orang yang berani menentang cabaran Allah, maka benarlah dia itu benar-benar munafik orangnya.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)