Juz:5,
Surah 4, Ayat 124:
Ringkasan tafsir;
Ayat ini
mengisyaratkan bahawa setiap orang samada lelaki atau perempuan, masing-masing
mendapat peluang untuk mengerjakan kebaikan. Orang yang mempunyai peluang mengerjakan perkara
yang baik itu hendaklah mempunyai dasar keimanan yang teguh didalam jiwanya
bahawa mereka itu benar-benar mukmin.
Kerana keimanan itu merupakan kelebihan dari manusia lain yang masih
kekal dengan kekafiran dalam jiwa-jiwa mereka.
Mereka
yang disebut dalam ayat ini ialah mukmin yang akan dapat menduduki syurga
sebagai upah dan balasannya dan tidak dikurangi upahnya oleh Allah walau
sedikit pun, supaya ia tiada teraniaya.
Juz:5,
Surah 4, Ayat 125:
Ringkasan tafsir;
Orang
yang menyerah diri kepada Allah itu bukanlah sekadar mengikrarkan dengan
lidahnya sahaja, bahkan mestilah diiringi dengan amalan baik meliputi perkara
berupa kewajipan, ketaatan dan mengerjakan perkara yang disukai oleh Allah.
Pengakuan
Allah terhadap syariat Nabi Ibrahim itu telah dikuatkan Nya dengan mengatakan,
bahawa Allah telah jadikan orang pilihan untuk menegak agama Allah
ditengah-tengah umat yang sedang tersesat kerana menyembah patung berhala. Oleh kerana itu Nabi Ibrahim mendapat gelaran
sebagai “temah Allah” dan sudah selayaknya lah syariat nya patut diikuti sampai
hari ini.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)