Friday, 15 May 2020

An-Nisa_5-4-136


Juz:5,
Surah 4, Ayat 136:

Ringkasan tafsir;

Allah mengancam  orang yang ingkar kufur dan tidak mempercayai akan adanya Allah, Malaikat, Kitab, Rasul dan hari kemudian. Mereka itu telah sesat jauh dan tidak mendapat hidayat dari Allah.



Juz:5,
Surah 4, Ayat 137:

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas 5.3.136.
Sifat orang yang jauh tersesat itu ialah mereka yang mempunyai pendirian yang tidak tetap, yang mana sekejap beriman dan sekejap kufur kemudian terus kufur dan menganiaya pada diri mereka sendiri.
Ayat ini juga ditujukan kepada kaum Yahudi yang beriman kepada Nabi Musa kemudian telah kufur dengan menyembah anak lembu. Setelah itu kufur dan ingkar pula dengan Nabi Muhammad dan Al-Quran.
Allah tidak akan mengampuni  dosa mereka dan tidak akan menunjukan mereka kejalan yang benar sehingga berpanjangan didalam kekufuran dan kesesatan.



Juz:5,
Surah 4, Ayat 138:            



Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas, 5.4.137.

Khabarkan berita baik ini kepada orang munafik dan kufur itu, yang mana mereka bakal menerima seksaan yang pedih dari Allah dengan seksaan yang amat sangat, kerana mereka berpura-pura beriman sedangkan hakikatnya mereka kufur.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)