Juz:5,
Surah 4, Ayat 139:
Ringkasan tafsir;
Lanjutan
dari ayat diatas, 5.4.138 dan 5.4.137 dan 5.4.136.
Orang
mukmin yang yang terjerumus hatinya menjadi munafik telah mengambil orang kafir
yang jelas memusuhi orang Islam menjadikan mereka yang kafir itu sebagai
pemimpin dan penolong mereka, dengan mengenepikan pula orang mukmin yang
selayaknya.
Kalau
bagitu cara mereka mengharapkan kekuasaan dan menghendaki kekuatan serta
mengingini kemenangan, maka sesungguhnya kekuasaan kekuatan dan kemenangan itu
semuanya dipunyai oleh Allah. Kepada Allah sepatutnya mereka mengharapkan dan
meminta, dan Allah akan memberikan kepada sesiapa yang disukai Nya.
Allah
memberi amaran dan mencegah orang mukmin supaya jangan duduk bersama-sama
dengan orang yang merendah-rendahkan agama Islam dan orang yang menghinakan
hukum-hukum Allah.
(lihat
juga ayat 8 surah Al-Munafiqun). (lihat juga pada ayat 5.4.144).
Juz:5,
Surah 4, Ayat 140:
Ringkasan tafsir;
Lanjutan
dari ayat diatas, 5.4.139.
Orang
Islam dilarang duduk mencampuri dengan orang yang sedang berbual-bual dengan
memburuk-buruk menghina dan mengejek
kemuliaan agama Islam. Mukmin hendaklah menegah dan melarang perbuatan mereka
itu, dan jika tidak berkeupayaan maka tinggalkan mereka dan jangan duduk
berterusan bersama mereka, melainkan setelah mereka mengalih perbualoan dengan
tajuk lain. Jika Mukmin terus duduk bererti serupalah dengan mereka yang
menghina dan mengejek kemuliaan Islam.
Kedua-dua
jenis orang munafik dan kafir yang telah berkumul mencaci dan mempersendakan
ayat-ayat Allah semasa didunia, akan dikumpulkan mereka itu diakhirat didalam
neraka janaham untuk diseksa dan kekal selamanya didalamnya.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)