Friday, 1 May 2020

An-Nisa_5-4-124


Juz:5,
Surah 4, Ayat 124:

Ringkasan tafsir;

Ayat ini mengisyaratkan bahawa setiap orang samada lelaki atau perempuan, masing-masing mendapat peluang untuk mengerjakan kebaikan. Orang  yang mempunyai peluang mengerjakan perkara yang baik itu hendaklah mempunyai dasar keimanan yang teguh didalam jiwanya bahawa mereka itu benar-benar mukmin.  Kerana keimanan itu merupakan kelebihan dari manusia lain yang masih kekal dengan kekafiran dalam jiwa-jiwa mereka.

Mereka yang disebut dalam ayat ini ialah mukmin yang akan dapat menduduki syurga sebagai upah dan balasannya dan tidak dikurangi upahnya oleh Allah walau sedikit pun, supaya ia tiada teraniaya.
 

Juz:5,
Surah 4, Ayat 125:

Ringkasan tafsir;

Orang yang menyerah diri kepada Allah itu bukanlah sekadar mengikrarkan dengan lidahnya sahaja, bahkan mestilah diiringi dengan amalan baik meliputi perkara berupa kewajipan, ketaatan dan mengerjakan perkara yang disukai oleh Allah.

Pengakuan Allah terhadap syariat Nabi Ibrahim itu telah dikuatkan Nya dengan mengatakan, bahawa Allah telah jadikan orang pilihan untuk menegak agama Allah ditengah-tengah umat yang sedang tersesat kerana menyembah patung berhala.  Oleh kerana itu Nabi Ibrahim mendapat gelaran sebagai “temah Allah” dan sudah selayaknya lah syariat nya patut diikuti sampai hari ini.

. 
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
 




An-Nisa_5-4-122


Juz:5,
Surah 4, Ayat 122:

Ringkasan tafsir;

Janji Allah yang diberikan kepada orang mukmin itu adalah satu perkara yang hak dan benar belaka. Allah berjanji bahawa tiada  yang lain lebih benar perkataan nya daripada Allah.  Mereka  akan dimasuk kedalam syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya dan tinggal berkekalan selamanya. Maka taatlah kepada Allah.



Juz:5,
Surah 4, Ayat 123:

Ringkasan tafsir;

Tiada ada kelebihan sesuatu agama samada Taurat, Injil, dan lain-lain yang dibawa oleh ahli kitab kalau mereka itu hanya sekadar pandai berkata-kata bahawa merekalah lebih baik dan sempurna dengan sekadar mengaku sahaja dan tidak berdasarkan kepada amalan  dan membawa bukti bahawa mereka itu betul-betul mengerjakan apa yang disuruh oleh kitab masing-masing.

Amaran ini ditujukan kepada orang musyrikin kafir dan ahli kitab, bahawa tiada siapa  yang memberi syafaat sebagai penjamin kepada mereka diakhirat kelak.

Ada pun bagi orang mukmin pula yang mengerjakan kejahatan, juga termasuk dalam golongan orang yang menerima amaran ini. Tetapi tidaklah dinafikan yang mukmin akan mendapat pimpinan dan penolong sekiranyna ada izin dari Allah.


. 
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)