Monday 18 May 2020

An-Nisa_5-4-144


Juz:5,
Surah 4, Ayat 144:



Ringkasan tafsir;
Lanjutan ayat lepas, 5.4.139.
Allah telah memberi amaran kepada Mukmin, bahawa janganlah mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi pemimpin yang selain orang-orang mukmin sendiri, akibat nya kamu kelak akan menerima hukuman seperti yang dikenakan kepada orang-orang munafik  iaitu akan dimasuk bersama kedalam neraka jahanam. Dan hukuman itu pasti berlaku walau pun kamu hendak berdalih-dalih mencari alasan untuk mengatakan bahawa perlantikan itu diluluskan.
Larangan itu diberi kerana ada bebeapa orang Ansar di Madinah pada waktu itu mempunyai hubungan perjanjian sumpah setia, hubungan kasih mesra dengan orang Yahudi, dan orang Ansar tersebut bertanya kepada Rasul,  siapakah yang perlu mereka lantik untuk jadikan ketua mereka, maka jawab Rasul, lantiklah dari kalangan kamu dari muhajirin (mukmin).
Adakah kamu menghendaki bukti yang terang dari Allah tentang hukuman yang akan ditimpakan kepada kamu, kerana kesalahan kamu melantik orang kafir menjadi pemimpin selain dari mukmin sendiri dari kalangnan kamu ? Sesungguhnya jika ada orang yang berani menentang cabaran Allah, maka benarlah dia itu benar-benar munafik orangnya.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
 


Sunday 17 May 2020

An-Nisa_5-4-141


Juz:5,
Surah 4, Ayat 141:

Ringkasan tafsir;

Orang kafir dan munafik didalam negeri Islam menyatakan bahawa berkata, “bukankah kami bersama–sama kamu dimedan perang ?”, dan berkata lagi, “bukankah kami dapat berkuasa mengalahkan mereka untuk membunuh menawan mereka kerana kami berada dalam berisan mukmin ?”, dan inilah budi perkerti kaum kafir dan munafik yang mahukan bahagian harta rampasan perang yang diperolihi oleh mukmin yang berjuang dimedan perang sedangkan kafir dan munafik duduk diam dalam negeri tersebut tanpa menolong mukmin pergi mempertahankan negeri mereka.
Allah menghukum orang munafik dan kafir dihari kiamat dengan mendedahkan siapakah sebenarnya orang mukmin yang sejati dan siapa pula mereka yang berpura-pura muslim. Kalau didunia orang munafik pandai berpura-pura, tentulah diakhirat pula sudah tentu tidak terlepas dari seksa yang pedih diakhirat.
Selagi orang mukmin berpegang teguh dengan agama Islam dan mengerjakan semua suruhan Nya dan meninggalkan semua larangan Nya serta berdiri teguh mempertahankan kemuliaan agama Nya, dan cukup pula dengan persiapan harta pencarian untuk mempertahankan negara, maka selama itulah mereka tidak akan dapat dikalahkan oleh orang kafir dan tidak dapat dikuasi oleh musuh-musuh Islam. 
Tetapi Allah mengingatkan kepada mukmin jika leka dan engkar perintah Allah, maka jangan menyesal bahawa Allah yang menjanjikan bahawa tidak akan memberi jalan kepada orang-orang mukmin yang bersekongkol dengan munafik dan kafir, kerana sesungguhnya Allah tidak akan megubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
 

An-Nisa_5-4-139



Juz:5,
Surah 4, Ayat 139:

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas, 5.4.138 dan 5.4.137 dan 5.4.136.

Orang mukmin yang yang terjerumus hatinya menjadi munafik telah mengambil orang kafir yang jelas memusuhi orang Islam menjadikan mereka yang kafir itu sebagai pemimpin dan penolong mereka, dengan mengenepikan pula orang mukmin yang selayaknya.
Kalau bagitu cara mereka mengharapkan kekuasaan dan menghendaki kekuatan serta mengingini kemenangan, maka sesungguhnya kekuasaan kekuatan dan kemenangan itu semuanya dipunyai oleh Allah. Kepada Allah sepatutnya mereka mengharapkan dan meminta, dan Allah akan memberikan kepada sesiapa yang disukai Nya.
Allah memberi amaran dan mencegah orang mukmin supaya jangan duduk bersama-sama dengan orang yang merendah-rendahkan agama Islam dan orang yang menghinakan hukum-hukum Allah.
(lihat juga ayat 8 surah Al-Munafiqun). (lihat juga pada ayat 5.4.144).



Juz:
5,
Surah 4, Ayat 140:

Ringkasan tafsir;

Lanjutan dari ayat diatas, 5.4.139.
Orang Islam dilarang duduk mencampuri dengan orang yang sedang berbual-bual dengan memburuk-buruk menghina  dan mengejek kemuliaan agama Islam. Mukmin hendaklah menegah dan melarang perbuatan mereka itu, dan jika tidak berkeupayaan maka tinggalkan mereka dan jangan duduk berterusan bersama mereka, melainkan setelah mereka mengalih perbualoan dengan tajuk lain. Jika Mukmin terus duduk bererti serupalah dengan mereka yang menghina dan mengejek kemuliaan Islam.
Kedua-dua jenis orang munafik dan kafir yang telah berkumul mencaci dan mempersendakan ayat-ayat Allah semasa didunia, akan dikumpulkan mereka itu diakhirat didalam neraka janaham untuk diseksa dan kekal selamanya didalamnya.



[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)