Juz:5,
Surah 4, Ayat 134:
Ringkasan tafsir;
Sesiapa
yang bekerja berusaha dalam penghidupan
mengharapkan rahmat dan kenikmatan, maka Allah mengingatkan bahawa disisi Nya
ada dua balasan kenikmatan didunia dan pahala diakhirat.
Dalam
ayat ini mengandungi pengajaran bahawa manusia dianjurkan supaya mencari kebahagiaan
didunia dan diakhirat.
Allah
mendengar segala tutur kata dan rayuan semua hamba Nya. Oleh itu hendaklah selalu barjaga-jaga dalam
setiap perkataan dan perbuatan, janganlah sampai terbabas dari batasan dan
mudahan tercapai kebahagian didunia dan diakhirat yang diidam-idamkan.
Juz:5,Surah:4.
Surah 4, Ayat 135:
Ringkasan tafsir;
Adapun
maksud berdiri teguh diatas keadilan serta menjadi saksi kerana Allah, ialah
menjalankan keadilan dengan sungguh-sungguh didalam semua penyaksian, dan jangan
berlaku zalim dan aniaya kepada manusia. Hendaklah jujur dan benar dalam
menjadi saksi semata-mata kerana Allah dengan penuh rasa keikhlasan dan
kebenaran.
Kejujuran
menjadi saksi itu adalah perlu sangat-sangat dituntut, walau pun akan merugikan
pada diri sendiri mahu pun kepada keluarga.
Sekiranya
seseorang itu menjadi saksi kepada orang kaya mahu pun yang meskin, janganlah
berat sebelah kerana tamak dan mengharapkan balasan daripada mereka itu.
Kemahuan
hawa nafsu dan bisikan suara hati itu janganlah dikutkan sangat, yang patut
diikut ialah berjaga-jaga agar jangan sampai melencung dari kebenaran.
Allah
mengancam orang yang menjadi saksi bohong dan berpaling jalan yang benar, disebabkan
lidahnya yang bijak memutar belitkan perkataan dan pandai memutar kata-kata
dengan mengubah perkataan dan menyembunyikan kebenaran dalam penyaksian itu.
Mereka itu akan dapat pembalasan yang adil diakhirat dimana tempat kembalinya
manusia untuk diadili.
Ancaman ini sebenarnya ditujukan kepada para hakim dan
pengadil yang menguruskan hal ehwal keadilan mahkamah supaya tidak terjerumus
dalam kekufuran.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)