Juz:5,
Surah 4, Ayat 141:
Ringkasan tafsir;
Orang
kafir dan munafik didalam negeri Islam menyatakan bahawa berkata, “bukankah
kami bersama–sama kamu dimedan perang ?”, dan berkata lagi, “bukankah kami
dapat berkuasa mengalahkan mereka untuk membunuh menawan mereka kerana kami
berada dalam berisan mukmin ?”, dan inilah budi perkerti kaum kafir dan munafik
yang mahukan bahagian harta rampasan perang yang diperolihi oleh mukmin yang
berjuang dimedan perang sedangkan kafir dan munafik duduk diam dalam negeri
tersebut tanpa menolong mukmin pergi mempertahankan negeri mereka.
Allah
menghukum orang munafik dan kafir dihari kiamat dengan mendedahkan siapakah
sebenarnya orang mukmin yang sejati dan siapa pula mereka yang berpura-pura
muslim. Kalau didunia orang munafik pandai berpura-pura, tentulah diakhirat
pula sudah tentu tidak terlepas dari seksa yang pedih diakhirat.
Selagi
orang mukmin berpegang teguh dengan agama Islam dan mengerjakan semua suruhan
Nya dan meninggalkan semua larangan Nya serta berdiri teguh mempertahankan
kemuliaan agama Nya, dan cukup pula dengan persiapan harta pencarian untuk
mempertahankan negara, maka selama itulah mereka tidak akan dapat dikalahkan
oleh orang kafir dan tidak dapat dikuasi oleh musuh-musuh Islam.
Tetapi
Allah mengingatkan kepada mukmin jika leka dan engkar perintah Allah, maka
jangan menyesal bahawa Allah yang menjanjikan bahawa tidak akan memberi jalan
kepada orang-orang mukmin yang bersekongkol dengan munafik dan kafir, kerana sesungguhnya
Allah tidak akan megubah nasib sesuatu kaum, sehingga kaum itu sendiri yang
mengubah nasib mereka sendiri.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)