Juz:5,
Surah 4, Ayat 144:
Ringkasan tafsir;
Lanjutan
ayat lepas, 5.4.139.
Allah
telah memberi amaran kepada Mukmin, bahawa janganlah mukmin mengambil
orang-orang kafir menjadi pemimpin yang selain orang-orang mukmin sendiri,
akibat nya kamu kelak akan menerima hukuman seperti yang dikenakan kepada
orang-orang munafik iaitu akan dimasuk
bersama kedalam neraka jahanam. Dan hukuman itu pasti berlaku walau pun kamu
hendak berdalih-dalih mencari alasan untuk mengatakan bahawa perlantikan itu
diluluskan.
Larangan
itu diberi kerana ada bebeapa orang Ansar di Madinah pada waktu itu mempunyai
hubungan perjanjian sumpah setia, hubungan kasih mesra dengan orang Yahudi, dan
orang Ansar tersebut bertanya kepada Rasul,
siapakah yang perlu mereka lantik untuk jadikan ketua mereka, maka jawab
Rasul, lantiklah dari kalangan kamu dari muhajirin (mukmin).
Adakah
kamu menghendaki bukti yang terang dari Allah tentang hukuman yang akan
ditimpakan kepada kamu, kerana kesalahan kamu melantik orang kafir menjadi
pemimpin selain dari mukmin sendiri dari kalangnan kamu ? Sesungguhnya jika ada
orang yang berani menentang cabaran Allah, maka benarlah dia itu benar-benar munafik
orangnya.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)