Juz:5,
Surah 4, Ayat 130:
Ringkasan tafsir;
Sekiranya
suami isteri itu bercerai, tidak dapat meneruskan hidup bersama kerana
masing-masing tidak mahu bertolak ansur dan hanya jalan perceraian itu sahaja
yang dapat mengakhiri preselisihan mereka, maka sesudah mereka bercerai maka
sesungguhnya Allah akan memberi kecukupan kepada kedua-dua belah pihak dalam
kehidupan masing-masing.
Kerana
Allah itu luas kurnia Nya, rahmat Nya, kekuasaan Nya, pengetahuan Nya dan
rezeki Nya.
Juz:5,
Surah 4, Ayat 131:
Ringkasan tafsir;
Setelah
Allah menerangkan bahawa kurnia Nya, rahmat Nya, kekuasaan Nya, pengetahuan Nya
dan rezeki Nya, maka dianjurkan supaya manusia berkerjasama berusaha
mendapatkan seberapa banyak rezeki yang disediakan oleh Allah, sebab kekayaan
Allah meliputi memenuhi langit dan bumi, yang tidak akan habis perbendaharaan
Nya, kerana Allah yang menjadikan Langit dan bumi.
Allah
berpesan kepada manusia yang dituruni kitab Taurat, Injil dan Quran,
masing-masing hendaklah bertakwa kepada Allah, dan mentaati Nya.
Bertakwa
kepada Allah itu merupakan suatu kewajipan yang disyariatkan oleh Allah semenjak
dahulu lagi dan telah menjadi peraturan Allah dan undang-undang yang mesti
dipatuhi oleh manusia.
Sekiranya
manusia itu masih juga kufur terhadap nikmat Nya dan enggan mematuhi perintah
Nya, maka kekufuran manusia itu tidak sekali-kali akan merugikan Allah, kerana
Allah cukup dengan segala kekayaan dilangit dan dibumi. Oleh itu Allah
tidak berhajat sebarang kesyukuran dan
pujian dari hamba Nya. Bahkan setiap makhluk Nya itulah yang sentiasa memuji
dan memuja Nya.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com)
(mek.wan@outlook.my)