Tuesday 31 March 2020

An-Nisa_5-4-071


Juz:5,
Surah 4, Ayat 71:

Ringkasan tafsir;

Umat Islam diarah supaya bersiap sedia sepanjang masa untuk menghadapi bahaya yang mungkin akan ditimbulkan oleh musuh. Oleh itu hendaklah mempelajari dan menghantar perisik untuk mengetahui hal ehwal kekuatan mereka supaya kekuatan muslimin setanding atau lebih kuat dari musuh.

Didalam masa memerangi musuh, kerahlah angkatan perang kamu secara teratur, dimulakan dengan menghantar satu pasukan dan sepasukan lagi dan seterusnya, atau mengerahkan secara keseluruhan mengambil bahagian didalam peperangan untuk menghancur musuh kaum musrikin dan munafik.

Ayat ini memberi isyarat, supaya umat Islam hendaklah menjaga kepentingan dan keselamatan orang mukmin supaya bersiap sedia dengan kekuatan angkatan perang yang terlatih dangan ilmu peperangan dan kepandaian menggunakan segala jenis alat perang.  Persediaan ini adalah wajib bagi umat Islam dan janganlah sekali-kali mengharapkan  orang lain supaya mempertahankan mereka kerana mengharapkan orang lain itu bererti mendedahkan kelemahan dan kerendahan diri sendiri.

Adapun mengharapkan kepada orang lain seperti yang dimaksudkan diatas dan seperti apa yang berlaku dinegara Arab sekarang telah menjadikan umat Islam (yang mengaku mereka itu Islam) telah menyerang negeri mereka sendiri dan membunuh bangsa seagama mereka demi mencapai cita-cita sahabat mereka dari kalangan musrikin dan munafik (golongan itu seperti dalam ayat 5.4.72), dan mereka yang bersekongkol dengan kafir munafik itu adalah mereka yang zalim menganiayai diri-diri mereka sendiri.


[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)