Juz:5,
Surah 4, Ayat 25:
Ringkasan tafsir;
Lelaki
yang ingin berumahtangga dengan tujuan mengawal diri dari zina tetapi tidak
mampu mengeluarkan belanja besar terhadap perempuan merdeka disebabkan
perempuan merdeka itu banyak tuntutannya yang mesti dipenuhi, sperti nafkah,
tempat tinggal., pakaian, dan lain-lain keperluan hidup seharian, dan perlu
giliran secara adil mesti dberi jika dipermadukan. Maka bolehlah ia menghawini
haba sahaya. Oleh itu khawinilah mereka
itu dengan izin dari tuan nya, dan berilah mas khawin pada kadar kemampuan
kepada tuan nya.
Dipermudahkan
mahar dan diringankan keperluan nafkahnya, kerana hamba sahaya itu masih lagi terikat dan
berkhidmat kepada tuannya, dan termasuklah anak yang akan dilahirkan oleh
perempuan hamba sahaya, kecuali tuannya membebaskan dan memerdekakan perempuan
itu.
Allah
mengangkat darjat kaum wanita yang beriman walau pun mereka itu dari kalangan
hamba sahaya. Mungkin suatu hari nanti isteri dari hamba sahaya lebih sempurna
iman nya dan lebih dimuliakan oleh Allah disebabkan kelebihan amalan baktinya
dan bertakwa kepada Allah, sebab Allah mengetahui akan hakikat keimanan
seseorang itu.
Jika
perempuan hamba sahaya melakukan zina, maka hukumlah mereka itu separuh dari
hukuman yang dikenakan kepada perempuan merdeka dan tidak dihukum rejam sampai
mati. Hukuman ini adalah untuk orang yang takut terjerumus dalam kejahatan
zina.
Jika
kamu dapat bersabar dan kuat menahan diri dari segala jenis kejahatan maksiat,
maka elaklah dari menghawini hamba sahaya.
Allah
maha pengampun kepada hamba Nya dengan mengadakan syariat ini untuk mengawal kebajikan hamba-hamba Nya.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com) (mek.wan@outlook.my)