Friday 20 March 2020

An-Nisa_4-4-012


Juz: 4,
Surah 4, Ayat 12:


Ringkasan tafsir;

1) Jika isteri mati dan tiada anak, maka suami mendapat ½  dari harta pusakanya.

2) Jika isteri mati dan mempunyai anak, maka suami mendapat ¼ dari harta pusakanya.

3) Jika suami mati dan tiada anak, maka isteri mendapat ¼ dari harta pusakanya.

4) Jika suami mati dan mempunyai anak, isteri mendapat 1/8 dari harta pusakanya.

5) Jika suami mati dan tiada bapa dan anak, tapi mempununi saudara lelaki atau saudara perempuan, maka akan dapat 1/6 dari harta pusakanya. Sekiranya saudara sebelah ibu itu ramai maka semuanya menedapat 1/3 dengan dibahagikan sama rata antara mereka.



Waris hanya boleh mengambil harta pusaka masing-masing setelah ditolak semua hutang piutang simati dan wasiat yang ditinggalkan oleh simati.

Perintah Allah ini hendaklah kamu jalankan dengan seadilnya, kerana Allah mengetahui perkara yang mendatangkan kebaikan dan menyusahkan kamu, dan Allah itu penyantun memberi kemaafan pada hal berkuasa menyeksa orang yang derhaka.
(lihat juga ayat seterusnya, 6.4.176).
 

[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.

.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com 
(capital.knajid@gmail.com)  (mek.wan@outlook.my)