Juz:4,
Surah 4, Ayat 8:
Ringkasan tafsir;
Sekiranya
didatangi orang yang tidak berhak mendapat pusaka mengikut ketetapan
pembahagian faraid harta pusaka itu, tetapi mereka itu adalah termasuk dalam
golongan kerabat anak buahnya dan anak angkatnya yang berkeadaan yatim meskin,
maka janganlah kamu berlaku kedekut bakhil terhadap mereka. Bahkan berilah
habuan kepada mereka sebagai pemberian hadiah supaya hati mereka tidak terkilan
melihat kamu sedang membahagi-bahagi harta pusaka itu. Dan buatlah jamuan makan untuk mereka itu
supaya menguatkan lagi hubungan silaturrahim sepanjang masa dan sebagai tanda
mensyukuri nikmat Allah dan hubungilah mereka selalu dengan kata-kata yang
baik-baik diantara satu sama lain.
.
[Sebelum] [Selepas] [Rumah] [Tafsir Jawi]
.
.
via,
capital.knajid.CharityZakatDonation@blogger.com
dokumentasikldhaka@yahoo.com
(capital.knajid@gmail.com) (mek.wan@outlook.my)